click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Thursday, November 17, 2011

Pemakanan Ibu Hamil

Pemakanan yang sihat untuk anda berdua


Protein
Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim,tisu payudara, perkembangan otak janin dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet. Anda digalakkan mengambil protein yang kurang lemak.
Iron (Zat Besi)
Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Sumber ini amat perlu bagi menghindar diri daripada anemia. Bekalan darah anda semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi semakin bertambah. Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik. Hati juga kaya dengan vitamin A. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh memudaratkan bayi. Mengambil makanan yang tinggi vitamin C seperti betik atau segelas jus buah-buahan akan menolong penyerapan zat besi.Makanlah lebih banyak sayuran hijau, buah-buahan kering (prun, kurma atau kismis hitam), daging, ikan salmon, telur kuning dan hati.
MAKAN UNTUK DUA?
Benar! Wanita hamil perlu makan dua kali lebih banyak daripada wanita biasa. Ia tertakluk kepada KUALITI dan bukannya KUANTITI. Meskipun nafsu makan ketika hamil meningkat, pastikan anda tetap berpegang pada pola makanan yang seimbang.
Calsium (Kalsium)
Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi janin serta melindungi anda daripada osteoporosis dan gigi rapuh. Anda dan bayi anda memerlukan mineral untuk mengekakalkan kekuatan gigi dan tulang, pembekuan darah yang normal, serta fungsi-fungsi otot-otot dan saraf. Susu dan makanan tenusu ialah sumber diet yang baik bagi kalsium kerana susu kaya dengan vitamin, paras karbohidrat dalam susu iaitu laktosa dan vitamin D yang tinggi menambah kadar penyerapan kalsium dalam tubuh. Ambillah sekurang-kurangnya 4 gelas susu sehari untuk memperoleh bekalan kalsium yang mencukupi.

Folic Acid (Asid Folik)

Asid Folik, sejenis vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel2 daraah merah dan sel baru dalam badan. Kekurangannya akan menyebabkan anaemia dan bayi mendapat spina bifida (cacat saraf tunjang) dan menganggu pembentukan otak. Asid folik terdapat dalam makanan seperti hati, ginjal, sayur2an berdaun hijau, kacang,bijirin penuh,oren dan pati ragi.

Essential Fatty Acids(Asid lemak tepu)

Asid lemak ialah unit asas untuk lemak. Asid lemak tepu adalah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari makanan. Asid lemak ini ialah Asid Linolik (LA) dan Asid Alfa-linolenik (ALA). LA dan ALA amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel2 baru yang terbentuk dengan pantas.
LA diproses dalam badan menjadi Arakidonik (AA) dan ALA menjadi Asid Dokosaheksanoik (DHA). AA dan DHA penting untuk tumbesaran normal dan perkembangan otak bayi. Banyak kajian mendapati bayi2 yang ibu2 mereka makan banyak “ikan berminyak” seperti salmon, tuna, sardin, makeral, dan ikan kod mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi.
Karbohidrat
Penting bagi menghasilkan tenaga. Ia perlu diambil dalam jumlah yang sederhana. Makanlah pelbagai jenis sumber makanan karbohidrat kompleks yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti roti, mi, kekacang, sayuran berkanji (kentang), pasta, dan karbohidrat ringkas seperti buah-buahan, susu, sayur-sayuran dan produk tenusu. Kukurangannya boleh menyebabkan anda mengalami kelesuan dan keletihan apatah lagi ketika sarat mengandung.
Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Kedua-dua jenis makanan ini sangat kaya dengan serat. Pengambilannya dengan seimbang dapat membantu anda mengelakkan diri daripada masalah sembelit yang kebiasaannya terjadi pada ibu hamil. Malah kandungan vitaminnya dapat membantu penyerapan zat besi. Namun, elakkan daripada memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang dikategorikan sebagai “sejuk” dan “tajam”.
Air
Pengambilan sumber air tidak kiralah air kosong, susu, sup atau sebagainya perlulah dalam anggaran sembilan gelas sehari. Akan tetapi tambahkan jumlahnya jika cuaca panas. Air sangat penting bagi mengelakkan anda mengalami dehidrasi dan pendangan kabur untuk tempoh tertentu.
Vitamin B Kompleks
Sumber ini berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar dapat berfungsi dengan normal. Boleh didapati di dalamm biji-bijian, kekacang, telur, sayuran hijau dan produk tenusu.
Vitamin D
Untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Boleh didapati pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.
Vitamin E
Untuk membentuk sel darah merah yang sihat, makanlah gandum, kekacang dan sayuran hijau.

sumber

No comments:

Post a Comment

tQ :D