click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Wednesday, November 30, 2011

bestnyer berforum

huuh....akhirnya penat lelah 2 hari nier terbayar bile majlis Forum Perdana Maal Hijrah 1433H di tempat kije smalam berjalan dengan lancar......alhamdulillah..suke3~~

panel-panel yang hadir untuk forum, memang anak kelahiran KUSZA...wahhhh....termasuklah moderator sendiri...e pon nak tumpang bangga lah sebab jadi warga KUSZA dulu....suke3~~

sape panel-panel yang terlibat? meh kite tengok...


dari kiri :

Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam bin Tuan Padang Al-Idrus

( Mursyid Imam Muda Astro Oasis )

Ustaz Dr Abdul Manam Bin Mohamad
(Pensyarah FKI)

Ustaz Badlishah bin Alauddin
(Penolong Pengarah JAIP)

Forum semalam? SUPERB..best gilak taw...asik duk gelak jea.....tapi mase last, untuk summary..ade beberapa point yang dapat capture e punye perhatian lah...

antara pesanan mereka :

1- Ustaz Badlishah berpesan :

ikutilah sifat lebah....kite kenal lebah kan? yang macam ni nie...


(cutenyer lebah...mentang ke skrg pregnancy mood..huhu)

lebah nie die ada 4 sifat yang boleh diikuti :
PERTAMA- di mana ada ranting, lebah akan pergi dan tidak patah ranting tersebut
maknenye : di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung
KEDUA - lebah tidak makan dari tempat dia menumpang
maknenye : jangan mengambil kesempatan
KETIGA - sekiranya mana-mana pokok mereka diserang, mereka akan pertahankan sarang
dan serang semula penyerang tersebut
maknenye : kita mahasiswa UniSZA, bawa nama UniSZA, perlu bangga,
perlu pertahankan
KEEMPAT - sebelum meninggalkan pokok tersebut, lebah akan meninggalkan madu
maknenye : sebelum tamat pengajian, tinggalkan sesuatu yang bermanfaat
untuk UniSZA

2- Ustaz Syed Bor Hisyam berpesan :

ingat pesan Rasulullah SAW...

LA TAHZAAN..INNALLAHA MAA'NA
maksudnya
"La Tahzan ( Jangan Bersedih ) sesudah kesulitan, pasti adanya kemudahan”

ingat..jadilah Baking powder..walaupon sedikit kuantitinya, tetapi sangat berpengaruh..
(nie point dr. manam..ustaz syed pinjam..untuk pergulungan..hehe)

3- Ustaz Dr. Manam berpesan :

Jangan merasa pandai, biarlah pandai merasa

Baik jadi orang penting, tapi penting lagi jadi orang baik

ustaz Azhar Yaacob( moderator )pon ade berpesan :

Jika air tidak mengalir menjadi air yang tak baik dan tak elok,
maka biarlah kami menjadi air yang mengalir supaya menjadi air yang baik lagi elok..

waaa...sungguh suke mendengar forum semalam..rase macam nak dengar sokmo2...suke sangat2..siyes..dop tipu.....suke sangat.....memang dop puas.....

tapi di sebalik kesukaan semalam..ade kedukaan jugak...

ayoh kene warded..tapi aku suke sebab akhirnya setelah 3 kali berulang alik ke Emergency, akhirnya barulah masuk ke hospital....tu pon lepas marah n tanye dr sebab ape dok tahan...
seb bek ade kawan joe yang kije dr tu....bulih ayah duk di ward..aku harap ayah cepat sembuh...

No comments:

Post a Comment

tQ :D