click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
......................... ..........................

Thursday, February 24, 2011

hilang sore kawe

Pada tanggal 20 Februari 2011 jam 11.15 pagi...aku kehilangan seorang yang boleh aku kategorikan sebagai seorang sahabat. Beliau telah meninggalkan kami setelah hampir 2 tahun beliau berjuang untuk melawan kanser. Terase sangat kehilangan dia sebab selalu jugak lah bergelak ketawa bersama-sama.......sesungguhnya Allah lebih menyayangi die.......

Mula mengenali beliau sejak belajar bersama di Kolej Matrikulasi Pahang lagi.. berjumpe semula semasa belajar di KUSZA dan tinggal sebilik semasa orientasi..sedar tak sedar..almost 7 years kami berkawan.. berkawan dengan crowd yang sama..menangis gembira bersama....sangat manis saat tu.....

Beberapa hari selepas kehilangan beliau, aku de terima satu mesej..... ade lah kata-kata perit yang dilontarkan di samping tuduhan yang aku sendiri tak pasti akukah yang bersalah...terase diri sangat kerdil di saat perasaan kehilangan seorang SAHABAT masih terase lagi.

tapi takpe lah. aku terime je semua lontaran tersebut kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. aku hanya andaikan ade lah kekeliruan yang timbul di sana menyebabkan pihak satu lagi tersalah interpret kata-kata beliau..kadang-kadang pemahaman orang yang berbeza lapisan umur sangat ketara..takpe lah...aku dah let it go...demi SAHABAT aku...

dan sekarang aku sangat merindui beliau...semoge beliau tenang di alam sana...AL_FATIHAH

Saturday, February 12, 2011

leisurE tiMe

hari nie kerja berjalan saje.....tapi not for the whole day lah...pagi tadi men masak2....yang dibuat oleh tangan ini sendiri ialah tarraaaa~~~~~triffle(1st time cube nieh).....

nampak macam sedap kan....tak merase pon triffle niehh...huhu~~
(kembang wase bile dipuji oleh kekasih hati...seDaappp~~)


turut dimasak oleh saye yang dibantu secara 90% oleh mama saye ialah nasi arab (bilelah aku nak pandai masak nie?)....

mende nie sumer ialah untuk membalas bekas2 orang yang berada di rumah ini.....

then, pegi pameran pengantin kat Terengganu Trade Center tapi tak leh nak upload gambo bak gambo de banyak ngan en kekasih hati......(nanti lah upload~~)

then, kami pon menuju ke pantai batu buruk untuk bersuka ria...(jom kita enjoy)....wahh~~sukenyer........release tension sebelum esok menjelang...hahaha......

tengok lah beberapa keping gambar yang sempat di snap~~




.: dengan buah hati saye :.
(u nampak gemuk lah skrg~~)



.: bersama adik manis :.



.: tumbuk kuat sket dik :.



.: kami masih bujang :.




.: sampai bertemu lagi yea :.


Friday, February 11, 2011

Walk For Life & Mandi Kolam (^-^)

wow.....hari nie punye aktiviti memang best r....dari pagi senamrobik, berjalan kaki bersama-sama VIP, makan bersama VIP, pemeriksaan kesihatan (it turns our ti be 20 in BMI---> i likE) and lastly MANDI KOLAM....walaweh...bestnyer........lame dah tak mandi kolam...walaupon dengan memakai jaket keselamatan tuh or ape2 ntah namenyer.......memang syiok betol lah......sangatlah merelease tensen yang dikandung dek kepala otak gue nie..(tQ boss sebab suh saye wakilkan)....and here goes d enjoyable moment for today event..

Adik yang ditarik sehingga ke tengah (kate jea tengah padahal kat tali tu jea..)

muke baru lepas telan klorin......eiyakkkzzzz....

peace all....saye enjoy sangat


Monday, February 7, 2011

selesai sudah stage satu


hurm......05 feb bebaru nie..ade lah sebuah exora berwarna merah bertandang ke rumah seorang anak dare nie kan...tujuan bertandang untuk melihat anak dara pujaan si teruna.....well....nak wat camne kan...takkan nak disekat-sekat..orang dah nak mae kan...

sempena kedatangan tersebut, tersarunglah sebentuk cincin belah rotan di jari manis anak dara tersebut...hati si dia tersangatlah riang...dah dapat cincin..sape tak gembire kan.....so pakailah die sentiasa di jari manisnya....

so, alhamdulillah.......selamat sudah stage one.....

tahniah yea buat yoe..akhirnya tak sie-sie 11 tahun berkawan......moge-moge ikatan nie ikatan yang utuh buat selamanya.....

some picture to view...........