click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
......................... ..........................

Monday, June 18, 2012

Demam


Demam..
sebab ape demam? sebab sakit pinggang..
sebab ape sakit pinggang? sebab sakit urat..
sebab ape sakit urat? sebab selalu usik bini yang bawak perut nie.. huahuahua...

n the story is.. bukan e yang demam..

 ~budak demam~

actually, my beloved hubby yang demam.. a day before his beday..
so frustrated sebab tak dapat nak celebrate beria sangat..
ye lah.. beday boy demam.. mane nak enjoy sangat kan..

my mom belanja stimboat kat Pulau Duyong semalam..

 ~ grilled steamboat~

kebetulan my bro nak puase n nak makan..
n buat pertama kalinya pergi sana, tunggu hampir sejam masih blom dapat makan lagi..
lapow okeh..
sebagai pengajaran, better kol n booking dulu sebab tempat tu dah glemer skarang..

so, ape hadiah yang e kasi kat hubby ek?
hurm.. citer die panjang~~~~hihi
takde la panjang pong..kekeke...

~yeay..dapat hadioh~

naaahhh.. dapat iphong.... wakakakaka....
nie saje jea teaser untuk die.. memang bagi hubby iphone 4S pon untuk die..
dah die nak sangat...  kebetulan ade duit lebih..dapat la beli ape die nak...
alhamdulillah....
suke tengok bile hubby gembira...

tapi yang sedihnyer, hubby demam teruk..
badan panas gilew.. rase macam peluk oven jea time tido..
e lak memang badan overheat skarang..
sian sangat kat hubby...
tetibe teringat kat arwah ayah.... bimbang nie..
hari nie nak ajak g klinik lagi...
Dr locum kat klinik Dr Rohana dah pesan, kalo makan ubat 3 hari tak kebah jugak, perlu consume antibiotik lak..

tapi hari tu kebetulan mase balik umah, mie paka ade mae.. die kate, " dang molek yoe baik demam, e pon branok la tu.." waaaa... nebes dengar kowt...

n lunch kelmaren, sebab hubby tak tahan sangat sakit pinggang, g jumpe pomen refleksologi.. hihi...
yang kelakarnyer, pokcik hasnan pon kate mende same..
"lenguh pinggang nak pegang anok nanti nie.. anok tunggu tiket kuo je tu.. dok dang bulan 7 doh napok2.. perut turun doh.. baby engaged molek doh..yoe nie demam alahan je nie"

haaa.... rupenyer, hubby demam alahan.... sian die..
but yet, bimbang la sebab tengok keadaan die..
ubat pon chulas nak makan... smalam minum PEPSI.. dah miss makan ubat..
aiyoo.. mama papa chulas makan ubat.. jangan nurun ke baby dahh..

so, 
until i write again..
this week dah 37 weeks..
feel free to drop comment yoooo~~




Monday, June 4, 2012

Kejadian 29 mei

kejadian nie berlaku pada 29 mei 2012 jam 4.00 pagi ..

suspen kan~~

terkejut di tengah-tengah pagi tu sebab sakit perut yang amat sangat.. started to worry.. adakah nak terberanak.. mulalah duk membaca zikir2 yang terlintas dalam kepala.. mohon dipermudahkan semua.. bile otak macam ok sket..duk pk.. takkan la nak terberanak dah..baru brape minggu nie...

then, rase la plak kat baju kaftan dan tilam.. kering.. ok, takde pape kot..

sakit semakin mengganas.. ya Allah.. tuhan je yang tahu betapa sakitnyer rase.. at that time terpikir, how come our mother can stand that kind of pain.. bukan our mom lahirkan kite sorang je kan... macam insaf jap time2 tengah sakit tu...

after that, kejutkan husband sebab sakitnyer dah tak tertahan.. sakit macam sengugut, krem, sakit pinggang, sakit belakang but tak sakit kat miss v ok.. hubby lak time nie la die nak melawak.. 

iyee~~

memang hubby bangun..bangun bukakan lampu..

memang hubby bangun..bangun untuk gosok2 perut..

( sayang tahu abg bace n gelak sorg-sorang kat opis tu kan..bek ngaku cepat..hihi)

tapi yang paling tak tahannyer.. 

napelah hubby leh plak wat lawak tidur atas perut kite yang tengah sakit nie.. nak alih tak sampai hati.. dah le tengah sakit... aiyooo.....

tergelak sorg-sorg time nie..siyes..haha..then tink positif sebab takde tanda-tanda lain yang timbul.. so sambung tido dan memang susah nak bangun pagi tu.. hubby marah, tak bagi pergi kije tapi disebabkan ade meeting yang tak dapat nak dielakkan, so.. pada hari tersebut, saya bekerja juga ok.. 

dengan otak yang ting tong, gagahkan diri jugak untuk pergi kerja.. kononnya niat nak balik awal tapi tak dapat la den nak nolong.. petang tu ade registration bebudak yang nak jadi fasilitator plak.. so nak tak nak, memang balik lewat jugak petang tu...

tak qada tido sebab 30 mei tu dah cuti untuk prepare adik ipar punye wedding..
31 mei dan 1 jun tu majlis kawen n ngantar...
2 jun sabtu lottza of wedding invitation.. hampir 10 buah rumah kami hadir.. n at that day pergi amik alas tilam, sarung bantal, barut, bengkung dari Erniey..
3 jun cuti carry forward sempena hari keputraan agung but yet tak cuti jugak coz pergi mencari baju attiyyah bcoz she's going to be in main cast for tv al-hijrah advertising.. ( kak balik dengan bob G sebab Bob G g wedding aizat di Kelantan)

4 - 7 jun pelajar baru masuk.. will be at work until 12 am every single day.. hubby kate takpe.. at least i got some OT this month..

ok..itu citer untuk minggu nie... ape yang berlaku pada 29 mei tu sebenarnya??
lepas diselidiki dan diinterviwe dari yang pakar, rupenyer itu namanya Braxton Hicks.. 
jom kite baca sket ape mende sebenarnya Braxton Hicks nie.. sumber

Apakah itu Kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.

Semakan terakhir: Disember 2010

Perbezaan antara Braxton hicks dengan True Labor 





 p/s : 
my sis pesan.. if kite sakit sampai ke vagina, tu sebenarnya rase nak beranak.. 
bukannyer rase seperti nak berak seperti yang diberitahu oleh masyarakat dulu-dulu.. hihi...
so, watch out geng... mane tahu... nak terberanak tapi tak sedar..

n ade orang pesan, kal dah pecah air ketuban baru g spital yea.. sebab air ketuban pecah tu kebiasaanya jalan dah bukak 4 cm..

kalo setakat keluar tanda darah, bek duduk je diam-diam kat umah dulu sebab kalo kite g spital pon, samada Dr. suh balik semula or kene tahan di wad tapi tiap-tiap masa nak kene seluk untuk cek jalan (DEMM~~)..haha...


so, until i write again..
this week dah 35 weeks.. badan dah mula meletih dah...
and
feel free to drop comment yoooo~~