click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Tuesday, November 1, 2011

Our Honeymoon

wahhh..tajuk kasi gempak gitu kan.....lame dah nak update tapi tak terupdate citer kisah kami pegi honeymoon nie..

actually, takde lah g official honeymoon sebab e wakil UniSZA ke Sukan Staf di Melaka..so, hubby amik cuti n pergilah kami bercuti di Melaka...nie bukan official lagi yeaa.. :D

Hari Pertama - 10 Julai 2011


Kami bertolak dari Terengganu ke Melaka..Perjalanan mengambil masa lame jugak sebab kami banyak berhenti....

kami singgah di Putrajaya untuk jumpe dengan abg mie n kak faz sebab dorg tak balik mase e kawen hari tu..maklumlah, kak faz dah sarat...kebetulan mase kami pegi Putrajaya hari tu, ade pameran Floria 2011..so kami pon melepak kat sane dulu before ke rumah abg mie...


lepas g lepak, mandi2 smayang umah abg mie, kami meneruskan perjalanan dari putrajaya ke melaka...kami menginap di Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh, Melaka..sampai tak sampai dah malam..so, after membersihkan diri, salin-salin baju..kami pon tido sebab esok ade game..



Hari Kedua-11 Julai 2011

Sukan Staf tahun nie diuruskan oleh Universiti Teknikal Melaka (UTeM)..so, kami bergerak ke UTeM sebab tak kenal tempat orang,...maklumlah, tak penah lak e n hubby sampai ke Melaka bandaraya Bersejarah nie kan... untuk sukan nie, e praktis untuk badminton tapi last minit ade perubahan sket..so, e terpaksa main 2 game iaitu badminton n ping pong..seb bek ade basic dua-dua sukan nie....tapi hari nie game badminton jea ade..e tak beraksi lagi...so, lepas tengok-tengok ogame, kamipulang je ke bilik untuk berehat n tido..

Hari Ketiga - 12 Julai 2011

masih lagi di melaka....bersukanlah kito sekuaknyo....masih tidak beraksi..rutin biasa..tengok game untuk support team member yang lain n balik hotel untuk berehat n tido..

Hari Ketiga- 13 Julai 2011

TODAY IS MY BIRTHDAY!! waahh..satu kelainan tahun nie n tahun mendatang sebab kan dah bersuami..so, celebrate smol beday party(kami berdue jea pon adenyer)..kami g makan kat Nando's...well..tempat faveret kami nie..



Hari Keempat - 14 Julai 2011

berpingponlah saya pada hari nie..beregu dengan Asma' Jaafar..die bekerja di Pejabat Asrama, UniSZA juge..well, nak wat camne..dah training pon last minit..so result die pon last minit gak..takde rezeki kami lagi.....


lepas game, kembali ke rutin biasa...balik hotel, untuk rehat n tido..

Hari Kelima-15 Julai 2011

masih lagi di melaka....bersukanlah kito sekuaknyo....masih tidak beraksi..rutin biasa..tengok game untuk support team member yang lain n balik hotel untuk berehat n tido..
(haha..copy paste ayat atas jea..sebab memang same jea)

Hari Keenam-16 Julai 2011

hari nie men game badminton sebab switch dengan Cik Nasriah Najmi...cik Nas g ke ping pong n aku ke badminton....so...aku men game beregu..regu dengan Encik Fauzan Ariffin///n yet..rezeki takde..maybe aku tak layak lagi untuk bertanding kot..tak "pok" lagi kate orang..hehe


after game, kami pon berjalan-jalan sekitar Melaka Bandaraya Bersejarah nie...
mula kami pusing-pusing, jalan-jalan sekitar pasar untuk beli sourvenir n keychain, naik ke kapal besar, muzium maritim, kincir air, kincir angin, n menara jam saje...then, muzium yang bangunan besar tu dah tutup..ye lah sebab dah lewat kan...so, kami pilih untuk ronda melaka dengan BECA...yess..beca...luckily, kami berjumpe dengan sorang mamat nie..die bahasakan diri die ABANG ARAB...best la nek beca dengan die..banyak tempat kami dapar akses...mungkin kalo kami pusing dengan kereta pon kami tak jumpe tempat-tempat menarik nie....banyak tempat kami pergi...

2 jam kami ronda dengan beca, lepas dah bayar RM 80.00 kat ABANG ARAB tu, then kami terus ke kereta....balik ke hotel untuk rehat n tido..

Hari Ketujuh - 17 Julai 2011

Now, it's time to say goodbye to Melaka Bandaraya Bersejarah.. lepas breakfast kat hotel, terserempak dengan Encik Nordin Jusoh(Big Bos HEPA), nampak jauh-jauh jea...kami pon bergerak pulang ke Terengganu.....balik direct ok sebab arahan TOP DOWN suh balik terus...

banyak lagi tempat kami tak pergi....n kami pasti, akan cuba untuk kembali lagi ke Melaka untuk ronda-ronda lagi.....

itu saje citer honeymoon saye n suami...anda camne?ade citer? share lah yea~~

No comments:

Post a Comment

tQ :D