click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Thursday, May 2, 2013

Persiapan Perpindahan ke Rumah Sewa

hmmm....

setelah sekian lame merancang untuk duduk sendiri... akhirnya kami berusaha dan berjaya untuk mencari dan menjumpai sebuah teratak kecil untuk kediaman kami 3+1 beranak...teratak kecil itu terletak di sebelah  tempat kerja kami...

alhamdulillah.. tuan rumah tu rupanya sahabat kepada arwah bapa mertuaku.. so lepas Yoe(husband) kautim, dapat la less rm50.. so monthly rental is RM400.. tp kami perlu bayar deposit RM400 + RM150 ( api air)..

so, ape plan kami seterusnya?

1- perlu rancang perbelanjaan... duit sepak lain cerita....
2- perlu rancang pembelian peralatan untuk rumah kami
3- perlu rancang permbelian untuk masakan... (alamak..kene masak la plak nie)

e ade survey kat blog2... nie antara yang e jumpe...

sumber

1. Ruang Tamu

  • tikar/karpet
  • langsir/bidai
  • rak kasut
  • tv
  • rak tv
  • astro (perlu ke? haha!)
  • alas kaki... ke nama dia pengesat kaki?
  • meja kopi (at least)
  • bunga! (bagi cantikkan sikit ruang)
  • frame Allah, Muhammad, atau ayat-ayat Quran
  • bangku comel-comel (sebab belum mampu beli set sofa kan)
2. Master Bedroom
  • katil
  • tilam & bantal
  • almari
  • meja solek
  • penyangkut baju
  • penyangkut tudung
  • penyidai sejadah & telekung
  • cadar
  • comforter
3. Dapur
  • dapur gas
  • tong gas
  • peti sejuk - DONE!
  • set pinggan mangkuk
  • set cawan gelas jug
  • set pisau - DONE!
  • set kuali
  • set periuk belanga
  • periuk nasi
  • termos/water heater
  • set balang besar & kecil
  • tupperware
  • set pencuci pinggan mangkuk
  • lesung batu - DONE!
  • set sudip - DONE! & peralatan masak
  • microwave
  • blender
  • kain pengelap
  • sudu garfu
4. Bilik Air
  • set mandian
  • set detergen & pencuci bilik air
  • baldi & gayung
  • set rak utk bilik air
5. Laundry
  • penyidai
  • bakul laundry
  • sabun cuci
  • hanger & penyepit baju
  • mesin basuh - DONE!
6. Lain-lain
  • penyapu
  • mop
  • penyodok sampah
  • plastik sampah
  • pencuci lantai
  • bulu ayam
  • extension plug
oh...perlu diedit sedikit nie sebab banyak keperluan kami banyak dapat hadiah mase kawen n barangan yang pernah beli semasa duk umah mama... so e dah ade sedikit list la untuk GUIDELINE diri...




seb bek trg nie ade kedai semua barang RM2.. boleh la jimat2 nak beli bekas2 kosong nak buh blended onion dll...


pastu.. 
e ade jumpe lak yang untuk pembelian barang dapur



so..ape lagi yep yang tertinggal?

btw.. tuan rumah akan tinggalkan untuk kami peti, mesin basuh semi auto, dapur, dgn tong gas..
barang-barang nie dah ade pon kat dalam rumah tu mase penyewa lama dulu aka student duduk..

tadi mase anto asim ke rumah pengasuh, nampak dah barang-barang dalam rumah tu dikeluarkan dan iklan nombor fon dah takde... suke sangat kami...

btw, kami akan masuk umah sewa bulan JUN nanti... oh mase tu kandungan sy pon 6 bulan...hehe....

oh..bercakap pasal memasak.. sy sangat nebes bab masak.. bukan tak reti tp tak yakin sebab yoe macam agak cerewet tang makan.. dia nak rase masak tu macam mak dia punya masakan.. oh my...
hari tu dah berdiskusi la dengan dia.. bincang-bincang bab makan nie... pastu sy cadangkan pada dia untuk belikan saya buku nie :

RM39.90 di kedai-kedai buku

refer or tak..citer nombor 2... yang penting ade dulu..hahahaha
e bukan tak pandai masak k.. masak untuk diri sdri takpe la... nak masak untuk suami...sangat tak yakin laa...

pastu e memang kene manage time dengan btol.. yoe ade cadangkan untuk basuh baju every 3 days tp e cnampak keberkesanan dia di mana akhirnya kami kene bayar kos letrik tinggi.. so e akan jadi super working mama... haaaa.. tak duk sdri tak tahu merase kan.. kene duk sdri baru tahu.. btol dop?

haaa... btw.. start tahun nie dan 4 tahun mendatang..kami perlu jimat cermat.. yoe dapat sambung belajar... so kelas dia every wiken.. seb bek dia pakat dengan kawan dia.. so jimat bahagian minyak sket.. belajar pon kat Dungun je.. tak jauh la dari KT.. dalam sejam gitu je... bile sebut jimat nie.. semua mende la kene jimat termasuk travelling n shopping... e tak fkir pasal e dah.. skrg pk pasal anak jee... harap2 segala kelengkapan asim nie bertahan dan berfungsi sehingga mane tempoh penjimatan kami... tp no worries..every year ade kenaikan gaji... so takde la terase tersepit sangat.. mungkin pada peringkat awal nie, kami akan merase pahit manis kehidupan sdri... tp saya percaya.. sy dan suami dapat harungi bersama....

n..beday yoe will be in JUNE.. sebab kami dah duk sdri kan.. sy dah suh yoe pk spesel dish yang dia nak makan.. so boleh la prepare..cari resipi..test masak untuk diri sdri dulu.... kalo lulus baru bleh bagi dia makan kan..hehe....

so..itu saje la celotehnye hari nie.. hari nie hari khamis.... sangat malas nak bekerja sebab semalam cuti 1 Mei... rase nak sambung cuti tapi sayang lak cutinyer... bile datang kije malas lak..hehe..

ok frens... tQ for reading...
feel free to drops comments yaa..
xoxo
hahahaha


3 comments:

  1. best sangat duk berdikari with family sendiri ni e.. tapi tu r expenses tu makin bertambah..kne pndai rancang n share pembyran with hubby.. taklah mmbebankan satu pihak je kan..

    ReplyDelete
  2. Nak masuk rumah byk la pkai duit, mila pun bru duk umah sewa awl thun mmg kering la skjp..hehe

    ReplyDelete

tQ :D