click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Thursday, May 23, 2013

Asim kurang sehat?

satu lagi cerita pending sebab mozila crashed..
tajuk saspeng je kan... memang saspeng pong...
asim naik bijik hampir setiap sudut badan dia..oh my...
merengek..menanges..amo susu..amo air masak..amo makan...
mati akal mama dan abi.... tak tahu nak wat gane dah...


g klinik Ramly. dr locum kat situ kate kene kudis buta...
kudis buta nie banyak jenis dia kate... yang nie jenis macam elergik to hama...
oh.. bile hatiku nie dengar kene kudis buta.. ape lagi..
terus cari solution la...
my mom suggest daun Semambu Keling aka Neems...
kebetulan kat umah ade daun nie...
aku g petik la..konon nak letak asim bagi alas tido..hmmm..nan ado... dia tarik2 je daun nie...
akhirnya, abinya mandikan dia dalam besen setelah diramas daun nie dalam bekas tu..

tengok asim buat muke..kalo tak excited je time mandi....
tak cuikup dgn nie.. aku mandikan dia dengan sabun nie...

 sebab pakai sabun nie...
anak kakak aku memang elergik.. she's the one who started to use this shower creme...
then aku n mama pon pakai same...

hasilnya....
dalam masa 3 hari, alhamdulillah surut semua bijik2 halus..yang tinggal yang kaso2 pon kupingan je..
alhamdulillah...
tapi hari ahad tu, aku amik cuti.. nak monitor lagi progress asim...
so far..alhamdulillah.. dia ok.. getting much better..
so, hari isnin tu aku bekerja dengan hati yang tenang~~

No comments:

Post a Comment

tQ :D