check up
bulan nie macam sedih sket la...
JM bising sebab berat turun... aku sdri pon terkejut la sebab berat turun...
husband sound sebab diet kot.. hampeh....
bukan dia tak tahu aku tengah ganti puase....
JM bagi mase sebulan untuk naikkan balik berat badan....
kalo tak, kene refer Dr...
ohh..pregnancy kali nie memang amat mencabar...
dari suspected GDM, GDM, nie lak masalah berat...
hb 12.4... ok la kan....
darah pon ok.. 100/60.. macam biase jea...
baby duk pada kedudukan 20 minggu....
heart beat sgt kuat dan laju... dengar through doppler.... JM pon terkejut.. hehe
n semalam duk borak-borak dengan husband...
dia kate tak terase la awak ngandung kali nie...
dengan perut kecik...
eh... 4 bulan je lagi awak nak beranak kan...
(hoho... dear husband.. please dont remind me..hahahahahaha)
lagi 5 bulan la,.....
tp btol gak la 4 bulan sebab due based on scan kan 7 october.... kalo ikut duedate 28 september....
n right now..seperti time asim dulu...
mencari tempat scan 3d...
my friend ade suggest kat jerteh....
n after googled ramai juge suggest medik bestari paka... tp appointment n scan pada waktu siang je..
hmmmm....
ade suggestion lain yang best2 tak? yang boleh walk in je ke...
bab appointment yang lemah nie...
maklum le...
husband dah jadi studeng skarang... kite jadi wiken housewife....
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
< aBout mE >
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
tQ :D