click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Thursday, February 24, 2011

hilang sore kawe

Pada tanggal 20 Februari 2011 jam 11.15 pagi...aku kehilangan seorang yang boleh aku kategorikan sebagai seorang sahabat. Beliau telah meninggalkan kami setelah hampir 2 tahun beliau berjuang untuk melawan kanser. Terase sangat kehilangan dia sebab selalu jugak lah bergelak ketawa bersama-sama.......sesungguhnya Allah lebih menyayangi die.......

Mula mengenali beliau sejak belajar bersama di Kolej Matrikulasi Pahang lagi.. berjumpe semula semasa belajar di KUSZA dan tinggal sebilik semasa orientasi..sedar tak sedar..almost 7 years kami berkawan.. berkawan dengan crowd yang sama..menangis gembira bersama....sangat manis saat tu.....

Beberapa hari selepas kehilangan beliau, aku de terima satu mesej..... ade lah kata-kata perit yang dilontarkan di samping tuduhan yang aku sendiri tak pasti akukah yang bersalah...terase diri sangat kerdil di saat perasaan kehilangan seorang SAHABAT masih terase lagi.

tapi takpe lah. aku terime je semua lontaran tersebut kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. aku hanya andaikan ade lah kekeliruan yang timbul di sana menyebabkan pihak satu lagi tersalah interpret kata-kata beliau..kadang-kadang pemahaman orang yang berbeza lapisan umur sangat ketara..takpe lah...aku dah let it go...demi SAHABAT aku...

dan sekarang aku sangat merindui beliau...semoge beliau tenang di alam sana...AL_FATIHAH