click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Saturday, February 12, 2011

leisurE tiMe

hari nie kerja berjalan saje.....tapi not for the whole day lah...pagi tadi men masak2....yang dibuat oleh tangan ini sendiri ialah tarraaaa~~~~~triffle(1st time cube nieh).....

nampak macam sedap kan....tak merase pon triffle niehh...huhu~~
(kembang wase bile dipuji oleh kekasih hati...seDaappp~~)


turut dimasak oleh saye yang dibantu secara 90% oleh mama saye ialah nasi arab (bilelah aku nak pandai masak nie?)....

mende nie sumer ialah untuk membalas bekas2 orang yang berada di rumah ini.....

then, pegi pameran pengantin kat Terengganu Trade Center tapi tak leh nak upload gambo bak gambo de banyak ngan en kekasih hati......(nanti lah upload~~)

then, kami pon menuju ke pantai batu buruk untuk bersuka ria...(jom kita enjoy)....wahh~~sukenyer........release tension sebelum esok menjelang...hahaha......

tengok lah beberapa keping gambar yang sempat di snap~~




.: dengan buah hati saye :.
(u nampak gemuk lah skrg~~)



.: bersama adik manis :.



.: tumbuk kuat sket dik :.



.: kami masih bujang :.




.: sampai bertemu lagi yea :.