click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Saturday, March 12, 2011

seharian~~

semalam ain dan hilmi kawen.....11 Mac 2011, jam 3.30 petang dah selamat diijabkabulkan dengan 2 kali lafaz...TAHNIAH buat ain dan pasangannyer...semoge berbahagia sehingga ke akhir hayat..

duk sembang-sembang dengan ain semalam, die kate la kan..kak e kan tue dari ain..patut kak e kawen luh dari ain..hehe...dop sapa seru g kot..kalo de seru pon,banyok mende ag kene urus before ke arah tu..insyaAllah tahun depan tamat ah kot zaman bujang nie..hehe...ye ke? kene tanye tuan hok injek modal nieh..kakaka....

balik dari umah ain semalam,dengo plop berite tsunami...teruk jepun kene tsunami.....takoot wase tengok......

pahtu semalam plop, de program kat Dewan Sultan Mizan...Malam Kebudayaan Borneo...ade pelbagai persembahan dari Sabah dan Sarawak...memang enjoy abis...kate en. Badd, kalo g kat Sarawak de satu Perkampungan Budaya..kat situ bley tengok real punye...
(waahhh..bile nak g sane nie??)

balik umah semalam,skali dop leh tido la plop..geram betol..dop cekak pejam doh dop g gok..last2 tertido sendiri....

.kekasih hati g KB ngan member2 kete die tu...sapa umah pon lam kol 3.45 pagi.....(alhamdulillah..selamat sampai...)

dan plan hari nie..nak g umah ain sebab die sanding kol 1.....can't wait~~