click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Thursday, March 29, 2012

25 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia

lemakuterusrambut
Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi

Semasa setiap lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat.

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit. Dapatkan maklumat tentang pemulihan natural untuk jari kebas atau sakit.

Adakah anda bercadang untuk kembali bekerja? Buatlah rancangan sekarang. Bahagian kerja dan pengasuhan anak kami akan memberitahu anda semua yang anda perlu tahu.

24 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia

Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.

Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar "mata kering". Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan "airmata tiruan" untuk menambahkan kelembapan.

Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini, jadi lawatilah bahagian makan sempurna kami di minggu 25-28.


23 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia

Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik.

Selain kemajuan-kemajuan dalam pendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan.

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus.

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya "tenggelam", sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan.

Bulan-bulan pertengahan adalah masa yang baik untuk memikirkan tentang pelancongan. Dapatkan segala maklumat yang diperlukan yang merangkumi kulit perang hingga ke pemvaksinan dalam bahagian pelancongan kami.

Tuesday, March 20, 2012

Check-up KKST 20/3/2012

Hari nie ade checkup kat KKST (Klinik Kesihatan Seberang Takir).. sampai sane pukul 1.15 petang..biasa pergi hanto buku jea dulu sebab memang selalu ramai je orang cek situ..cek anak la, cek mak lah, cek mengandung lah…so….tak tersangka hari nie dapat cek awal..mungkin sebab JM(jururawat masyarakat) yang cek tu memang akan ditugaskan dating ke rumah lepas e melahirkan anak nanti, jadi e wat kesimpulan dan andaian, mungkin dia kene study kes dia sendiri kan..so hari nie cek dengan dia…
Ape keputusan cek hari nie :
HB : 11.5 ( last month 12.0 ) oloh..turun plok…bimbang wase…
Berat badan : 66.9 kg ( last month : 64.5 jea) aww..kene marah tadi sebab terlebih 300gram..hoho
Tekanan Darah : 100/70 ( Last month : 110/70)
Tempoh kelahiran : 23 minggu 6 hari
Tinggi Rahim : 23 cm ( last month : 19 cm )

so, sebab agak bimbang trend HB yang semakin menurun, e pon mengoogle lah kenapa HB turun..nie penjelasan die sket lah

Kenapa Para Ibu Hamil Sering Mengalami HB (hemoglobin) Rendah??
Mesti kita biasa dengar ibu hamil mengalami HB rendah kan? Kenapa ramai yang mengalaminya?
Untuk lebih jelas kenapa ianya terjadi, jom kita baca dulu apa dia hemoglobin ini.
Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang fungsinya adalah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Semasa hamil, darah dalam badan ibu akan meningkat dan dengan itu ia memerlukan lebih banyak hemoglobin untuk mengangkut oksigen. Jika ibu kekurangan zat besi (iron), maka hemoglobin dalam darah juga akan menurun kerana zat besi diperlukan dalam pembentukan HEMOGLOBIN.

Ibu-ibu memerlukan lebih zat besi untuk memberi nutrien kepada pembesaran bayi dan plasenta.

Kekurangan zat besi ini akan membuatkan ibu tidak bermaya, mudah letih dan boleh menyebabkan pitam. Dengan kata lain ibu boleh mengidap anemia iaitu kekurangan sel darah merah dalam badan.Ibu akan kelihatan pucat, sakit kepala dan pelbagai keadaan yang tidak menyelesakan.

Masalah Hemoglobin rendah (HB low) di kalangan ibu mengandung


Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

Simptom awal anemia
  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan
Antara punca masalah HB low
  1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
  2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
sumber

Makanan penambah darah

darah merah, cara tambah darah, bagaimana nak tambah darah dalam badan
Siapa orang yang mengalami kekurangan darah??
Orang yang menderita darah rendah atau Hb (hemoglobin) rendah atau anemia akan mengalami gejala seperti sakit lelah, lemas, pucat, jantung berdebar kencang, nafas yang pendek. Jika anemianya sudah kritikal maka akan timbul sakit dada, detak jantung meningkat, atau pengsan.

Bagaimana untuk menambah darah ??

Ia mesti kita cari makanan yang mengandungi zat besi.
Contohnya: daging merah, hati, ikan, sayuran hijau, kekacang, tahu, tempe. Jika kurang maka boleh ditambah dengan pengambilan tablet suplemen besi.
Lain-lain.
  • Kerang
  • Bayam
  • Bubur Kacang Hijau
  • Hati Ayam
  • Kangkung
  • Gulai Tahu/Tempe
  • Kuning Telur campur Madu
Perlu diingat, untuk pembentukan sel darah merah juga diperlukan dari protein dan karbohidrat.
Oleh dengan sebab itu, agar terhindar dari anemia maka menu makanan harus kita seimbangkanya, iaitu 60-70% karbohidrat (nasi, ubi, tepung), 10-15% protein (ikan, daging, telur, dan lain-lain , 20-25% lemak (minyak goreng, mentega, ), serta vitamin dan mineral.
Kalau boleh, cuba resepi Tumis Kangkung Udang, ada banyak boleh tambah darah.Kalau ada resepi lain, ingin dikongsi?? dan makanan lain yang boleh tambah darah???
sumber

Monday, March 19, 2012

22 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia

Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik.

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.

Adakah suami anda merasakan dia diketepikan? Tunjukkan dia bahagian kami yang didedikasikan khas untuk bapa baru.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Saturday, March 17, 2012

Kelas Antenatal KTS

hari nie, actually pagi tadi berkesempatan ke Kuala Terengganu Specialist aka KTS bersempena Kelas Antenatal... sebenarnya, dah kol last 2 weeks tapi dalam schedule sepatutnya kene outstation ke Kelantan..tapi disebabkan ade isu yang wat sakit kepala otak tu, yang sangat mengstresskan jiwa, namun...alhamdulillah...berkesempatan pergi kali nie...

Kuala Terengganu To Have Another Specialist Hospital

sebenarnya, menghadiri kelas antenatal nie penting...sebab....kite perlu menyediakan diri kita dari segi psikologi untuk menghadapi sakit yang tak leh nak digambarkan.. ade skala yang ditunjukkan oleh salah seorang penceramah tadi namun....... dr. tu sendiri tak leh nak gambarkan kesakitan tu macamne....btw, dr tu pakar bius..hehe

kelas half day jea....start seawal 9.00 pagi(sepatutnya kol 8.30 pagi)....berakhir dalam kol 12.45 tengah hari... for me, not bad la sebab kite bayar just RM20.00 jea.... yupp. u read it clear.. RM20 only... murah kan? so, lepas pada nie.sesape yang nak hadir ke kelas nie, leh try kontek KTS untuk tanye bile next class sebab kalo ikutkan dari sumber KTS, kelas nie die tak selalu buat... die bergantung kepada Penaja which is DUMEX for today...dan yang paling pentng skali...hadir bersama pasangan....

so, pegi hari nie dapat beg DUMEX..sampel susu 3 pack (untuk sehari minum), minum pagi dan makan tengah hari... plus buku a wondrous beginning- your guide to a helath pregnancy..

kelas antenatal dimulakan dengan ceramah dari Dr. Yusof Md. Kassim..die nie pakar O&G full-time kat KTS nie..seronok dengar die bagi talk..tajuk die Penjagaan Antenatal, Kelahiran dan Postnatal..ralik dengar ceramah die..terase cepat je mase berlalu...

ape yang dibincangkan oleh beliau :

- standard mengandung senang dikira 40 minggu but somehow ade juga medical term which is known as AMENOREA di mana actual pregnancy is only 38 weeks sebab tolak 2 minggu perjalanan telur yang dah disenyawakan ke rahim
- memang normal bleeding or SPOTTY mase di awal pregnant which is appear mase kite tak sedar pon kite mengandung
- the best way to PREVENT NAUSEA is makan sikit tapi kerap..elakkan makanan yang terlalu pedas dan manis
- it is normal bile kite punye breast start to pain and it last around 12-16 weeks dan ade keadaan di mana sakit masa sepanjang kehamilan
- normal to have darker armpit dan around neck...tak perlu malu
- line linea niagra is the line dr akan tengok untuk tahu org tipu pregnant or tak..
- way to handle complaint :
  • makan banyak - memang tak leh nak elak dari gain weight
  • cramp - have to take milk a glass per day
  • letih - tanda-tanda tubuh kurang air
  • kaki bengkak - normal sebab fluid goes to tissue.. the way to handle it, jangan gengam tgn yang bengkak..just gerak-gerakkan dulu supaya air tu bergerak then lepas nampak surut sket baru gengam
  • tak boleh tido - hormon kasi excited sket..pastikan kepala n dada tinggi dari perut n tengok which way baby's kicking...lawan arah kick tu to have better sleep
  • sembelit - perlu tukar diet n minum air banyak.sebagai indicator, bleh tengok kaler urin.. it's ok minum air banyak..bia urin same kaler dengan air masak is the best
  • di akhir kehamilan - perlu minum air banyak untuk elak jangkitan kuman yang akan terjangkit kepada baby lam kandungan bcoz jarak kepala baby dengan vagina hanya 4cm
  • vaginal discharge - jangan pandang ringan walau tak gatal dan berwarna putih. ia boleh menyebabkan jugak jangkitan kuman pada baby lam kandungan and even die, and air ketuban pecah before waktu.. cara rawatan, penicilin untuk cuci discharge tu..
  • 3cm aialah active time to labour
  • potongan perenium - untuk elak koyakan serius sampai ke punggung.. cara rawatan : rendam dalam air garam untuk hilang bengkak dan sembuhkan luka dengan cepat..the most important is PLEASE KEEP THAT AREA CLEAN..
  • makanan dalam pantang - pastikan makan makanan yang berkhasiat dan minum air masak lebih
  • boleh mengurut, menyalai dan bertungku tapi....... jangan bertungku pada rahim sebab sekiranya tersalah tuam, ia boleh menyebabkan vessel yang sepatutnya tertutup mengambang dan terbuka
  • the most important thing : PLEASE BREASTFEED YOUR BABY..jangan lupa sapu mosturizer around nipple to prevent crack which is lead to luka and wear suitable nursing bra
  • if rashes around baby face and ade putih2 pada lidah..just bancuh sodium bicarbonate dan lap pada tempat bermasalah untuk kurangkan masalah tu
  • tolong elakkan makan supplement yang memudahkan proses bersalin..sebagai contoh : SALINDAH
  • air selusuh boleh diminum tapi cara penggunaan sebenar air selusuh ialah diminum selepas pintu rahim terbukan 3cm ke atas
  • sebab baby kuning : penukaran darah dari darah baby kepada darah adult..kuning sebab hati blom matang lagi
then, break minum pagi..dapat makan sandwich n air milo..best lah..seb bek dah makan nasi lemak pagi tadi..kalo tak, konfem dah hipo dah..huhu

lepas break, ceramah diteruskan dengan tajuk Mengurangkan Kesakitan Semasa Bersalin yang disampaikan oleh Dr Ahmad Latiffi bin Muhammad Sidek..die nie pakar Bius...die punye slot not bad..banyak die terangkan pasal epidural di mana ubat tahan sakit yang digunakan untuk mengurangkan bukan menghilangkan rasa sakit semasa proses kelahiran dan hanya diberikan on REQUEST.. cost di KTS nie biasanya dalam lingkungan RM800 maximum for 1 complete treatment..tak termasuk tambah ubat yea... kalo kat luar, around RM1500 katenyer.. dan proses nie, buat sesiapa yang nak beranak di KTS, memang akan jumpe dengan Dr. yang ade pengalaman 23 tahun nie lah dalam bius membius orang...wah.kagum....

tapi.......... for me.... kalo bleh...tak nak pakai ubat...nak natural.....sebab my mom n my sis beranak takde pon pakai epidural nie...

lepas slot Dr. Pakar Bius nie..ade plak slot senaman....slot yang sangat aku suke dalam keempat-empat slot hari nie...slot nie disampaikan oleh ahli Fisioterapi yang bernama Hamidah..memang best dan sangat santai orangnya...beranak enam tapi badan...perghhh...slim melim..jeles mak...

ok..sini nka share senaman yang diajar tadi..

first..

cara pernafasan...

ada 3 cara...

satu...cara pendek2..bleh rase kita bernafas setakat tulang selangka kita jea..
dua...same jugak..pendek tapi tangan kat area diafagram...
tiga....yang nie memang aku praktis dari dulu lagi..memang dah biasa bernafas gini dari dulu....

time tarik nafas, kembangkan perut...
time hembus nafas, kempiskan perut...

senaman nie elok untuk dipraktiskan seawal 16 minggu...

tadi masa wat nie, baby pon same naik duk bergeliat dalam perut...kata mam hamidah, memang gitu reaksi yang kita rase sebab baby tak suke kita nafas gitu namun.....proses nie lah yang akan bantu kite untuk PUSH time nak terberanak nanti..

kalo kene cara, sekali PUSH jea dah keluar baby....

second.....

Senaman duduk
Senaman postur ini akan menguatkan tulang belakang dan menambah fleksibiliti otot peha serta pelvis. Ia juga meningkatkan pengaliran darah pada bahagian bawah badan anda.

Langkah-langkah untuk melakukannya :
  1. Duduk dengan menegakkan tulang belakang, bengkokkan lutut dan rapatkan tapak kaki anda (tapak bertemu tapak).
  2. Rapatkan tumit anda sedekat mungkin dengan badan.
  3. Pegang pergelangan kaki anda, dan gunakan sikut untuk menekan peha anda kebawah (jangan terlalu memaksa).
  4. Pegang selama 20 saat, kemudian longgarkan badan.
  5. Ulang beberapa kali.




pinjam dari sumber kat atas..cara sama jea..gitu lah....
boleh train dari sekarang untuk menganjalkan otot area celahan kangkang tu...

thirdly....

kita luruskan kaki ke hadapan...gerakkan kaki berselang seli sambil kita duduk...gerakan punggung macam kite mengesot tapi setempat...yang nie untuk membantu lorong keluar baby tu supaya flexible masa contraction nanti...

fourth...

yang nie senaman yang kita bleh lakukan selepas kite selesai melahirkan anak...

tapi tak ingat camne..nak tanye hasben semula tapi tujuan die untuk menyenangkan rahim supaya naik duduk ke tempat asal selepas kelahiran..nie juga bagi mengelakkan rahim tu jatuh dan terkeluar dan longgar....

lastly...

the relaxation feeling.. ramai kite tak paham ape tu state of relax.. sebab mase beranak, when every part of our body is tense, susah nak beranak..so start dari skrg..kite kene belajar untuk tanamkan relxation dalam kepala sebab itu akan membantu kita untuk memudahkan cara beranak...

cara yang dia ajar tadi camni :

1- duduk kaki belunjur ke depan.. ketatkan otot pehe dan betis..rapat-rapatkan betis dan pehe..
2- ketatkan otot punggung bia rase sampai ke dalam
3- ketatkan area vagina.buat cam kita tahan kencing
4-kempiskan perut kite...
mula-mula die suh wat satu2...ramai yang tertahan nafas skali mase buat tu which is wrong way...the right way to felt tense, kene buat serentak sambil bernafas dalam kiraan 10..

memang rase tense.itulah yang dia ibaratkan rase masa contraction...
but, mana relaxation phasenyer kan? phasenyer kita rase selepas kite lepas sumer sekali selepas kiraan 10...

rase itu yang penting untuk kita set dalam kepala supaya senang nak beranak nanti...

after senaman, kite ade plak slot dengan Regional Nutritionist dari Danone Dumex Malaysia, Ms Leong Ven Luan... slot die bukan untuk kempen BELILAH PRODUK DUMEX namun slot die berkenaan dengan Pemakanan Optima semasa mengandung...

slot nie pon e suke lah sebab die banyak menjawab berkenaan banyak permasalahan yang kita hadapi..contohnya, macam masalah e sendiri... sayur dan buah dah makan banyak tapi still sembelit..Y?

jawapan die senang jea..sebab makan buah n sayur mencukupi tapi air yang tak mencukupi menyebabkan fiber yang masuk dalam tubuh collate dan apabila keluar nanti akan menyebabkan susah membuang dan sembelit....

lepas nie kene minum banyak air lah plak sebab for me, buah dan sayur bukan masalah besar untuk makan..hehe..

n satu mende yang sangat menarik bagi saya..sebab selepas saye tahu berkenaan perkara nie, terus teringat kat member yang sedang pregnant gak yang berperang dengan diet no cafein....atirah..hehe...this point is made for u..keke..org len leh bace n amik tahu jugak yea...

kite boleh consume cafein tapi dalam range yang dibenarkan which is below 200mg every day..

adakah YEAY yang saye dengar tu?langungan dari atirah ke? hehe.. :D

so, banyak lagi pemakanan yang penting bagi kita sebenarnya...

calcium kene tambah ambil apatah lagi bile kite dah 3rd trimester... sangat takut membayangkan gigi kite dah rongak seawal umo 30-an kerana tidak consume calcium yang cukup untuk baby n cover yang telah ditarik oleh baby from our body..... tak suka minum susu? takpe.. bleh ganti dengan sardin, bayam, yogurt dan malahan tauhu... (BEST3~~) :D

DHA tak kurang pentingnye sebab pengambilan DHA yang mencukupi iaitu 200mg sehari boleh mengelakkan prematured delivery dan meroyan selepas bersalin nanti..sumber DHA... e makan pil minyak ikan jea..selain tu, yang senang kite beli, yang memang ade kat persekitaran laut kita ialah ikan terubuk dan ikan tenggiri..but must remember...JANGAN MAKAN HARI-HARI sebab dalam ikan2 gitu ade merkuri....bahaya kalo makan lebih... contoh lain..ikan makerel dan salmon yang tidak mesra sangat harganya..

yang lain, yang pasal pribiotik pon bagus untuk amik tapi penerangan die tak berapa clear sgt sebab hasben dah start wat lawak bosan time nie kan..so tak dapek nak dengar lak ms Leong tu cakap... tapi memang kite kene jagi persekitaran usus yang baik which is dengan amik pribiotik, daun kucai n even semurah pisang.....

itulah sedikit ilmu yang saya boleh share dengan peringatan kepada diri saya sendiri lepas saya baca post nie nanti..

sekian....sharing is caring...harap boleh dimanfaatkan bersama :D





Monday, March 12, 2012

21 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia


Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.

Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan.

Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan seperti mual, kencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan.

Sunday, March 11, 2012

20 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia


Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.

Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang 37 minggu kehamilan, sebab pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan pelahiran boleh bermula bila-bila masa.

Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah, antara lain. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain, daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada.

............................................

20 mac nie next appointment dengan Klinik Kesihatan Seberang Takir(KKST)... berdebor nak tunggu ke next check up nie..setakat hingga ke hari nie, alhamdulillah.... berat dah semakin naik lepas makan vitamin dengan cara yang btol...sekarang memang berat 64.6 kg dah haaa...nie gambar latest..


haaaa....gemok kan...nie gambar mase kursus last week kat Ampang...hoho.....horrible, terrible...ekekekekeke.....

setakat ke hari nie jugak, result dari appointment yang lepas ( 21 Februari 2012 ), HB turun sket.. dari 13.6 ke 12.0..rase2 sebab tak makan vitamin pagi tu...hehe...luper... yang lain ok..alhamdulillah....

scan baby 26 Februari 2012 hari tu, baby ok...asik2 gerak tangan jea...time nie die duk baring..tak macam hari tu..duduk conggok..hoho...nakal baby mama nie... n skrang dah rase dah gerak-gerak...

hari tu siap papa kene cucuk lagi kat muka..haha...excited plek jea muke papa..huhu..tu lah...duk kate sangat ke baby..mama kate baby dah gerak takmo caye..kan dah kene..heheheh..skrang, dah nak dengo sokmo bay wat pe..hehe...

leni baby aktif...time mama bangun nak g kije, die dah bangun....dah gerak-gerak..time mama wat kije jabat, die duduk golek-golek lam perut nie...hoho....n setakat ke hari nie, tido malam mama masih tak terganggu sebab baby...mama suke...hehe......

ok lah...nak g makan jap..baby dah tendang-tendang dah..... adios amigos~~