click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Sunday, January 15, 2012

Cameron Highland-Part 2

sambungan

cabaran subuh..ok..mama kan tepon koo 6.30 am suh bangun kan..kami nie gagahkan diri la untuk bangun walaupon tido baru bape jam kan...

so, bebudak sumer dah bangun...dah g surau pon...e nie..konon rileks r kan..pergi jugak ke surau..dah pakai baju sejuk bagai dah nie...kire sebab sejuk kan....

so, mase nak amik air smayang tu..ya Allah..sejuknye Tuhan je yang tahu..macam amik air smayang dengan air batu kowt....adoi...dah terketar-ketar nie naik ke surau...lom leh smayang lagi...ai..rase nak terkencing lak aih....tengok toilet ramai lah student duk MANDI....yee...mandi ok..dengan air sesejuk tu...e terpikir lah kan..camne la dorg leh mandi kan....pening pk...

skali e pk, rase nak je cek in hotel terus..sejuk kot nak mandi tu.....kan kat hotel ade water heater...kire mandi air panas,ok lah kot.....konon....tapi sebab program student dah pack, folo je la dulu program dorg....

breakfast roti canai kat Tanah Rata...bawah sket dari Brincang,tempat berenti tadi....then, pegi ke Kelab Golf untuk perjumpaan dengan pihak pengurusan Anak Pahang....kami just drop je student kat situ then g cek in hotel sebab tak mandi lagi kan...so habis program sampai tengah hari....

so, program petang pulak....bebudak dah balik hostel untuk solat jumaat, makan n so on...sebab program bebas petang tu...me n husband amik peluang untuk berjalan-jalan kat Strawberry Park....kami makan n minum kat situ skali...

then, kami melepakkan diri di Bharat's Plantation...duk kat kebun teh..hijau je pemandangan...
dihujani dengan air hujan renyai-renyai..wahhh....so amazing lol...hehe...tapi memang al maklum lah...sejukkkk~~

petang tu gak, student datang Bharat's Plantation...tapi yang sebelah bawah lagi...sebenarnye, nak ajak hubby g kat BOH..kire-kire nak layan perasaan Ombak Rindu gitu..tapi hubby takmo..jauh katenyer....so, makan hati je lah ye dek non...

dah habis sepetang di ladang teh, pergi lah plak ke Pasar Malam Brincang..ala...pasar malam yang selalu disebut-sebut orang tu....

ok..sambung di part 3 lak ok :D

No comments:

Post a Comment

tQ :D