click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Thursday, April 26, 2012

29 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia



uterustulangkepala COORDS=anuskepala

Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran. Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.

Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.

Friday, April 20, 2012

28 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia
Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu. (Jangan bimbang - maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester ini. 

Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul. 

Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayiyang sesuai dan mulalah memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga.Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini. 

Bercadang untuk menyusu badan? Jika begitu lihatlah panduan lengkap kami ke enam minggu pertama. 

Tuesday, April 17, 2012

Check up KKST 17 April 2012

tadi pagi, sangat lah bz dengan kije.. sampai nak balik awal sket pon tak menjadi sebab kene setelkan kije dulu..

petang tu, balik lam kol 1.15 petang n drive sendiri coz papanye kan ade kat Mekah lagi... so, pergi hantar buku dulu lah...

dalam kol 2 petang, g klinik balik.. misi tu salah bace..die ingat nak jumpe Dr. petang nie sebab kebetulan Dr. takde petang nie.. padahal takde pon jumpe Dr. sebab e punye pregnancy nie ok la..takde penyakit... sticker hijau k..

so, keputusan cek tadi sepertimana berikut :

HB 11.4 ( turun 0.1 gm% ok.. debo doh nie.asik turun jea...)
berat : 69.9 kg (what!! dah nek 3 kg.. n kesannye, kene minum air gula lagi.. YEAY.. (T_T))
Tekanan darah : 100/70 ( normal jea ok)
Tempoh Kehamilan : 28 minggu :D

huhu..terkejut mak berat nek 3 kg k... dan next appointment kene jumpe dengan Dr. lagi 3 minggu k.. memang sepatutnya kene jumpe lagi 2 minggu tapi sebab awal Mei banyak cuti, so lagi 3 minggu la date baru..

setakat ke hari nie, banyak cabaran dan dugaan lah kan yang e alami..

  • kencing kotor lah
  • sakit ari-ari lah
  • sakit perut lah
  • cirit birit lah
tapi so far, alhamdulillah.. misi yang cek semalam kate ok jea.. adop pape selagi mana baby aktif bergerak..

n sebelum terlupa, misi ade ajar cara kira carta gerak janin... n die share, ade patient die, mengandung 33 minggu dah tapi sebab die tak catat carta gerak janin (kire macam tak amik tahu baby gerak ke tak) jadi tak perasan baby mati dalam kandungan sebab die terover makan durian a day before.. so misi tu pesan, kalo baby tak gerak lebih 10 kali dari 9 pagi hingga 9 malam, pliz go directly to hospital... untuk elakkan kejadian tak diingini berlaku lah...

yang lain-lain.. so far ok... dah kene cucuk kancing gigi 1 dos.. tangan dah kebas2... esok tak tahu lah macamne... harap2 sumer ok.. amin~~


Saturday, April 14, 2012

panduan untuk bakal bapa: Trimester Ketiga

kandungan: 6-9 bulan

perut membesar, letih, susah berjalan, bengkak kaki
Trimester ketiga merupakan antara fasa yang paling mencabar bagi ibu apabila kandungan semakin membesar. Menjelang 6 bulan, ibu merasakan mereka sudah ‘cukup besar’ sedangkan masih ada sekurang²nya 3 bulan lagi untuk mereka harungi sebelum melahirkan anak.

diet
Pada masa ini bayi telah ‘lengkap’, cuma mengumpul lemak untuk menjadi lebih gemuk dan supaya dapat mengawal suhu badan di luar rahim kelak.
Berdasarkan antenatal check up anda sepatutnya tahu keadaan ibu sekarang yang lazimnya perlu menjaga diet dengan mengurangkan makanan manis² dah berkalori tinggi sebaliknya makan makanan seimbang dan TIDAK terlebih makan bagi mengelakkan bayi susah dilahirkan kerana terlalu besar.
tips untuk bapa:
- masuk sahaja bulan ke 6 kehamilan, kawal dan elakkan pengambilan makanan segera dan makanan berkalori tinggi seperti aiskrim, kek serta makanan ringan.

tidak selesa perut
Saiz bayi mungkin telah pun bertambah, ada kalanya pergerakan bayi membuatkan ibu kurang selesa terutama jika bayi menendang buah pinggang atau duduk dalam keadaan kaki/peha/lututnya ke sisi.
tips untuk bapa:
- bercakaplah dengan kandungan, kadang kala anak anda rindu mendengar suara ayahnya.
- usap perut ibu perlahan² dan perhatikan kerenah anak anda, pesankan perkara yang baik² untuknya. bukan anak saja, malah hati ibu pun sejuk mendengarnya :)

panas
Menjelang 6-9 bulan, ibu mula menjadi cepat 'panas'.
Kerap berpeluh selepas makan, minum dan membuat aktiviti² ringan.
Lebih cenderung untuk tidur dengan suhu bilik yang sangat rendah, walaupun masih kerap kali terjaga di malam hari.
tips untuk bapa:
- bertoleransi dengan keadaan ibu, ini tidak akan lama :)

kepala bayi sudah turun ke bawah
Menjelang kelahiran, kedudukan kepala bayi akan menghala ke bawah.
Berita tak baik?
Sekiranya kepala bayi masih belum turun, ada risiko kelahiran menjadi rumit maka setiap ibu lazimnya berharap kepala bayi cepat turun dan tidak akan senang hati selagi kedudukan bayi tidak ‘betul’.
Berita MASIH tak baik?
Sekiranya kepala bayi SUDAH turun, ibu akan mengalami kesakitan di bahagian pangkal rahim sehingga ke peha akibat tekanan kepala bayi tersebut – ini menjadikan ibu susah untuk berjalan dan terpaksa mengerahkan seluruh kudrat dan keazaman untuk melangkah.
Kesian kan?
tips untuk bapa:
- perkara yang paling asas macam berjalan pun perlu dilakukan dengan bersusah payah oleh ibu. Sabar lah ya kalau speed tak laju!



p/s: tidak semua ibu mengalami simptom kehamilan yang sama, malah kehamilan pertama dengan kehamilan seterusnya adalah berbeza. Rajin²lah bertanya khabar pada isteri anda

sumber

Monday, April 9, 2012

27 minggu


uterusmulutmata
Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari.

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan.


note :

kejap jea..pejam celik pejam celik dah 27 minggu..next week appointment KKST..kene cucuk kancing gigi katenyer..lagi 2 minggu dah nak masuk 3rd trimester,trimester last..nanti pejam celik pejam celik..pah spital dah..nak beranak..hoho...

this week kene fly lagi ke KL.. ade bengkel di Putrajaya.. hati berdebar nie nak nek flight.. surat Dr. dah amik.. Dr. kate ok to fly.. dah mengoogle website2... jaringan telinga mula aktif pada akhir bulan ketujuh kehamilan.. n bile banding dengan kate2 Dr..it shud be no problem to travel.. maybe later dah tak fly kot..

hoohoo..doakan saye dan baby especially selamat dalam penerbangan kami yea :D

tQ for reading.. feel free to drop comments