click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Tuesday, June 13, 2017

3rd baby

Assalamualaikum wbt...

lama tak menulis coretan nurkilan hati..
nnti nak edit from fon je senang.... (update ke??) haha..

hari nie nak cite pasal kandungan kali ketiga.....



yes... i had pregnant.... but now im not....
baby dah selamat disimpan.... alhamdulillah....

saya keguguran... 

baby centre kate :
keguguran adalah kehilangan disebabkan oleh mengandung dalam tempoh 20minggu yang pertama.

original :
Miscarriage is the loss of a pregnancy in the first 20 weeks. 
(In medical articles, you may see the term "spontaneous abortion" used in place of miscarriage.) About 10 to 20 percent of known pregnancies end in miscarriage, and more than 80 percent of these losses happen before 12 weeks.
sumber : https://www.babycenter.com/0_miscarriage-signs-causes-and-treatment_252.bc

yes..miscarriage yang tak pernah terlintas langsung dalam hati, jiwa dan raga...
duk mencari punca sebab ape berlaku... urm.... doktor kate ektopik..

ektopik nie kandungan luar rahim.

 camni la lebih kurang ceritanya....

en wiki kate :

kandungan ektopik berlaku disebabkan oleh embrio yang melekat diluar rahim.

original:
Ectopic pregnancy, also known as tubal pregnancy, is a complication of pregnancy in which the embryo attaches outside the uterus. Signs and symptoms classically include abdominal pain and vaginal bleeding.
sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Ectopic_pregnancy

masih lagi mencari punca kenapa berlaku..


simptom simptom yang dinayatakan nie takde secara jelas berlaku pada diri saya sendiri..

pernah la satu hari tu ade bleeding dan memang sepanjang ngadung nie ade spot sikit2 tp sama macam ngandung si abang dulu.. so memang abaikan je tanda tanda bab spot tu... sebenarnya..ianya serius.....

mesti tertanya-tanya kan takkan tiba-tiba je masuk spital dan kne operate czer tu kan...

hari khamis yang damai (9Mac to be exact)..
ke ofis.. ke surau.. ke makan.. ke solat.. rutin biasa sebagai seorang penjawat awam...
dah selesai semua urusan..dalam pkul 3 cmtu g toilet...
tiba-tiba je perut krem sangat dan muntah yang banyak sampai lembik....
naseb baek la ade kawan sekerja dalam tilet tolong panggilkan suami...
dah selesai suami datang, naik ambulan pergi ke Pusat Kesihatan di UniSZA dulu nie laa..
dah cek cek semua..doktor suspek ade masalah dengan usus..
terus refer ke hospital...
dah sampai di hospital dah jadi citer lain dah..
perut seeh (bloated) tak leh nafas dan dr bagi bantuan oksigen..
terus masuk red zon (masa sampai di hospital, masuk yellow zone) pas dah scan rupenye

RUPTURED ECTOPIC PREGNANCY
(kandungan luar rahim dan pecah)

darah dah memenuhi dalam rongga perut tu yang jadi tak leh nafas..
tunggu darah sampai.. buat tranfusi darah... (total 4 pin masuk dalam badan before n after operation)
masuk Operation Theater...

At any stage of development, surgical removal of an ectopic growth and/or the fallopian tube section where it has implanted is the fastest treatment for ectopic pregnancy. 
Surgery may be your only treatment option if you have internal bleeding. 
When possible, surgery is done through a small incision using laparoscopy.
sumber : http://www.webmd.com/baby/tc/ectopic-pregnancy-surgery

mine is horizontal

the operation goes well...alhamdulillah...
cume kne tahan lama di wad disebabkan oleh demam selepas operation..
dr bimbang ade jangkitan kuman sebab tukar darah tu laa..
lama jugak duk di hospital..almost 1 minggu (dan keluar 1hari tp masuk semula sebab demam 40degrees)..

dah balik rumah, start la berpantang.....

menu wajib berpantang + tumis sawi


vitamin tak dibekalkan oleh pihak hospital..
so ape yang dimakan mase 2 minggu pertama tu hanyalah ubat-ubatan bekalan dari hospital.. antibiotik 2 jenis, panadol sbgainya...

lepas tu, baru la macam mari mikir.. add dengan vitamin c dgn zinc complex(actually amik ostematrix je sebab mase tu zinx complex habis di pasaran)..

kepala jadi sangat tingtong.. mayb disebabkan oleh ubat bius dengan morphine yang diamik lepas operate.... yupp..memang tenang, memang bingung sepanjang masa.. that's me.. at that time...

sekarang dah 97 hari, alhamdulillah... ok dah... recover slow slow..
suami uruskan semuanya..
terima kasih ke kakak kite yang balik dari perak dan jaga 1mngu masa cuti sekolah baru nie..
masak sedap sedap sampai kite dah tembam.. hahahahaha

kalau baby masih ade.... minggu nie minggu ke 24 dah....
tapi takpe laa..nak wat cmne kan.. takde rezeki kami kali nie...

abang alif dengan kakak adzira duk tanya mana baby...
mama mapu berHUHU je laaa...hahahahhaa...
dorang tahu mama pregnant sebab slalu suruh dia bace surah&doa untuk baby sebelum tidur..

so..inilah ceritanya.....
sedih..tipu tak sedih kan... tapi hidup wajid diteruskan...
sekarang bulan puasa... hari ke18 dah...
mood raya nan hado.....
tapi wajib menyediakan memori yang manis untuk bekalan anak-anak nnti....
teraweh jangan lupe yea.... boleh tambah lagi ibadah untuk mencari malam lailatul qadar.....

sampai ketemu lagi di next entri...
doakan kesihatan saya untuk lebih sihat dan kuat...
taknak membesar bagai juara..nak kurus kurus jea.. hehe
tQ for dropping by...

No comments:

Post a Comment

tQ :D