click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Tuesday, June 18, 2013

Masak-masak 17 Jun 2013

salam semua...
hari nie, 17 Jun 2013 beday laki kite yang ke 27.. sweet 27 gitu... hehe...


walaupon beliau diduga dengan demam urat sampai tak leh bangun...
dugaan bagi sy untuk mencari bahan masakan di beberapa buah tempat..
tapi alhamdulillah... semua berjaya dicari....
kek cadangnya nak wat puding trifle je sebab my hubby bukan suke sangat makan kek-kek nie...
tapi tak sempat sebab anak meragam semalam..
tapi sempat wat puding mango.....
n sempat marinate lamb untuk semalaman..


so, untuk breakfast..memang tak sempat nak masak sebab anak bangun awal untuk main..
so kami tak cukup tido... bangun bangun siap siap terus g kije..

untuk lunch..





oh.. my laki masak hari nie...

first dia wat gravvy untuk readymade meatball...

resipi dari sini

Meatball Ala-ala Ikea
1 peket bebola daging
2 sudu butter
1 biji bawang holland (warna orange, kalau yang merah bawang bombay) - potong dadu
1 biji tomato- potong dadu
1 1/2 sudu tepung biasa ( bancuh siap - siap)
1 1/2 cwn air sejuk
100ml susu segar
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu lada hitam / sos lada hitam
1 kiub pati ayam / daging
4 sudu serbuk beef gravy segera (aku guna stok daging KNORR)

Cara-caranya:
1) Goreng bebola daging sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2) Panaskan butter dan goreng bawang sehingga layu. Jangan tunggu sampai garing.
3) Masukkan tepung yg dah siap dibancuh. Kacau sebentar.
4) Masukkan tomato dan masak sampai layu. (tak letak sebab takde)
5) Tuangkan air sejuk dan susu. Kacau sampai sebati.
6) Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap dan lada hitam.
7) Kacau selalu takut nanti hangit dan berketul-ketul.
8) Masukkan kiub pati ayam dan serbuk beef gravy.
9) Kacau sebati dan tutup api. Tunggu sejuk sedikit. Kisarkan gravy ni dalam blender sampai bawang dan tomato hancur. (tak blend sebab tak sempat)
10) Tuang balik gravy dalam kuali / periuk dan panaskan sebentar.(tak buat sebab tak blend)
11)Susun bebola daging yang dah digoreng dalam pinggan dan tuang kan gravy atasnya. 

Dan ini hasilnya...


n it is true.. ada yang lebih dari sepatutnya...
maybe kene kurangkan stok ayam dengan stok daging..  
dan tak blend pon gravvy nie... hehe

resipi kedua... Nasi Goreng Hotdog Merah




 bahan :

cili boh blend, bawang blend, nasi dingin semalaman, hotdog 3 batang dipotong, mixed vege, garam

1) tumis lada blend dengan bawang blend..
2) tunggu lada pecah minyak...
3) masukkan hotdog.. goreng garing...
4) masukkan nasi dingin..
5) masukkan garam...
sedia dihidang.. :D

resipi ketiga... Air Fruit Cocktail

1 tin fruit cocktail, 1 tin susu krimer isian sejat, ais

campur semua skali...
sedia dihidang..

untuk dinner..

tadi dah masak Mediterranean Butter Rice..




Bahan :
5 cwn beras (saya cuma buat 1 cawan)

5 tbsp mentega (saya guna 1 tbsp juga)

2 mangkuk mix vege (saya guna 1 cawan)

2 tsp garam (atau secukupnya)



Cara

Basuh beras dan sukat air seperti memasak nasi biasa. 

Masukkan mentega, mix vege & garam kedalam periuk nasi.

Masak nasi seperti biasa.

balik nanti akan bakar marinated lamb dengan coleslaw dengan potato wedges... 



Kambing Panggang Marinate
4 keping daging lamb

Bahan rempah perap

5 ulas bawang putih
 
 * 1sudu kecil serbuk halia - yang ini aku tambah sendiri  
1 sudu besar lada hitam  
1 sudu makan daun rosemary kering  (x bubuh)
1/2 sudu makan jintan kasar ( tak bubuh )  
2 sudu besar sos tiram  
1 sudu makan kicap manis  
1 sudu besar gula  
1 sudu kecil garam  
2 sudu besar jus limau 
 2 – 3 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan
1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering (yang ni aku x tumbuk), garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.
3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick  atau pembakar elektrik…


 
dari peti setelah perap semalaman

bakar on periuk ajaib


hidangan penuh :D
Coleslaw

Bahan-bahan
  • Kobis Putih 1 kg
  • Lobak Merah 150 gram
  • Mayonis 200 gram
  • Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
  • Gula Pasir 5 sudu besar
  • Garam 1 sudu teh (rata)
  • Cuka 1 sudu besar
  • Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.
Cara Membuatnya
  1. Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer sebab tak tahu isteri simpan mixer kat mana, nak tanya, dia dah tidur, tak sampai hati nak bangunkan. (Saya buat projek ni tengah malam daaa)
  4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  6. Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
Nota Tambahan
  • Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
  • Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
  • Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
  • Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
  • Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!

huhuh..itu je la yang termampu buat untuk hubby..... alhamdulillah.. rase ok.. gravvy tu la..

last but not least.. our precious 11 months child... :D



tQ for reading... feel free to drop comments yaaa :D
 

 





1 comment:

  1. Salam perkenalan! ;)

    Amboi.. bertuah isteri dpt suami yg pandai masak :D Alhamdulillah~

    Anyway, jemputlah ke blog http://mybabylane.blogspot.com untuk baju kanak-kanak jenama Gymboree! :) Stock baru sampai dari US minggu ini.

    ReplyDelete

tQ :D