click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Tuesday, January 1, 2013

Azam 2013

hmm.. tahun 2012 dah sampai penamatnya kelmarin.. n welcome 2013..
tambah usia lagi setahun..that's means both or us r 27 years old now.. pheww.. sounds old right...

what i had achieve..just some simple recap from 2012..

Januari : baru dapat tahu preggy n wat buku pink on 9 Januari.. baru tahu je preggy kene outstation ke Cameron Highlands..sempat join sukan memanah di ofis..jangan main-main..dapat johan nie...rezeki baby :D
Februari :  first time naik flight ke Sabah.. seriously..tak penah naik flight but thing going just fine along the way
Mac : first time dapat kursus with husband kat Ampang
April :husband, MIL dgn BIL menunaikan umrah...
Mei :Kene minum air gula yang sangat sedap.. (procedure preggy)

Jun : bekerja ketika kandungan berusia 35 minggu..masuk hutan k
Julai : Deliver my baby boy
Ogos : on leave.. dalam pantang yang amatlah dirindui..huhu
September : Menghadiri kursus induksi di Gambang
Oktober : Merdeka dan berjaya pantang 100 hari...yeay
November : Genap setahun arwah ayah meninggalkan kami
Disember : Start misi ganti puase yee...

n for azam 2013.. what i want to achieve are :

  • nak jadi isteri solehah yang dengar kate, yang tak melawan, yang jurruh untuk suami tercinta
  • nak capat semua impian yang kami telah angankan bersama:
    • menyediakan semua keperluan yang terbaik untuk anak kami, Asim
    • memiliki rumah sendiri
    • zero hutang
    • mengurus kewangan dengan lebih efisen
    • baby baru (girl maybe)
  • memasak sendiri untuk anak dan keluarga
  • dapat travel oversea (berangan)
  • dapat memiliki semua barang yang dihajati dengan duit sendiri

well..may be akan datang lagi azam lain dari masa ke semasa.. we wait n see then...

n yang paling penting sekali..
tQ so much kepada muchuk2 saya sebab belikan hengpong baru ke saye...
sempena beday, baby n aniversary..
kite terima jea..maklum le.. semua jatuh bulan Julai blake...hehe :D

1 comment:

tQ :D