click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Sunday, May 27, 2012

33 minggu

hari nie appointment kat Klinik Kesihatan Seberang Takir.. sekarang kene check up 2 minggu sekali dah kan... result macam kat bawah nie haa :

HB : 11.2
Berat Badan : 71.8 kg
Tekanan Darah : 100/70
Tempoh hamil : 33/53 + 6/7 ( maksud die 33 minggu 6 hari)
Tinggi rahim : 33 cm
jantung baby ( 138/min)

hari nie tak leh sembang lelame dengan Kak Nor( bidan yang cek e nie la).sebab ade emergency kes..
ade sorang patient dah lepas due date, baru turun tanda hari nie.datang lak kat Klinik..haha
patut g je la spital kan..huhu
yang lain-lain, sumer ok..cume kene marah sebab tak tanda pergerakan baby dalam buku..
tak dang nok tande lah... bukan amo tande..huhu.. tapi baby gerok sokmo...

today plan :

will attending Dayah's wedding
plan to attend Fizah Zaib wedding oso

now.. time to rest..
kepala dah ting tong.. lening mari penyakit baru..
asal petang jea, ye mari sakit pale...huhu...


No comments:

Post a Comment

tQ :D