click click

......................... ..........................

Tuesday, December 27, 2011

10 minggu


Fetus hanya sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya kurang dari satu per enam auns / 4 gram. Walaupun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu.

Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan. Dahi terbonjol buat sementara dan bertempat tinggi di kepala, tetapi akan kemudian bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia.

Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka spina atau tulang belakang. Saraf spina menjalar keluar dari korda spina.

Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler, stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas - seorang ibu hamil menyamakannya dengan bunyi kuda-kuda kecil menderap.

Jika anda belum lagi melakukannya, anda sepatutnya jangan berlengah untuk membuat janji temu dan menempah tarikh untuk pengambilan darah bagi ujian-ujian rutin. Dapatkan maklumat untuk apakah ujian-ujian tersebut.

sumber

p/s : smalam dah pegi wat buku pink kat klinik kesihatan teluk ketapang..waduh-waduh..lama banget tungguin...dari kol 2 tunggu, panggil kul 3, check-up kol 4, abis kol 5....lame gilew.. n disebabkan dipanggil lambat, so kene g amik darah today.. n dah wat pon... pepagi lagi tunggu..dapat turn no 1.. staffnurse yang amik darah tu.. amik darah tu untuk cek Blood Grouping, Rhesus, Full Blood Count n beberapa test lain..HIV test dah wat smalam..

n next appointment will be on 9 Januari 2012 at 2.30 pm.. :D


No comments:

Post a Comment

tQ :D