click click

......................... ..........................

Monday, September 13, 2010

6 PERKARA MENDORONG SESEORANG MENGUMPAT MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud : “ Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatamu itu. “ (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al- Thabrani daripada Abu
Hurairah bermaksud : “ Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang
baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang
paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di
antara sesame saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah.

Imam Al- Ghazali ada menyebut enam perkara ayng mendorong seseorang itu
mengumpat :

1) Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga
sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain.Jika kemarahan
tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam

2) Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang

3) Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah

4) Disebabkan dengki, iri hati dengan orang lain yan lebih beruntung dan
berjaya, ia seperti dinaikkan gaji dan pangkat

5) Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan
dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain dan

6) Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa
besar serta hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini
kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

No comments:

Post a Comment

tQ :D