click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Monday, June 30, 2014

Ramadan 1435H

assalamualaikum wbt.. salam ramadan buat semua..
lame tak berblogging.. maklum laa.. bz sgt kat tempat baru nie.. fb sempat la update.. sbb on fon..
blog nie.. nak berjiwa jiwa dlu baru dapat...


















ape ye nak share? hurm.. tahun nie xdapat g terawih lagi... dan.. perkembangan terbaik bagi saya...
saya jage 2 anak sorang diri mase suami g terawih semalam.. first time kot...
good job mama.. asim memang bertempek kat tv sebab pasang upin ipin.. adik menepek kat mama laa..



puas minum susu... dorg komplot lak..main kat babycot..  puas main same-same, abang khenak ke adik plok.. mama garu pale.. sedang molek dengo moto abi.. mama terlelap.. haha.. pastu anak-anak tido...
alhamdulillah...

semalam, lauk berbuka dah masak lebih..abi sahur awal semalam..makan lauk tu jea..
alhamdulillah dapat berbuka dengan ayam masak merah n sawi goreng chinese style..
target bulan ramadan nie, makanan masakan air tangan mama.. insyaAllah..

so, hari nie pk nak masak ape je.. dalam peti ade ayam pandan dah.. goreng je la hari nie...
sayur masih lagi sawi manis goreng chinese style.. tadi dah  beli sayur campo abc tu.. nak buat telur bistik.. hubby request nie...

nak buat agar2 skali nak makan.. hubby pon suke perasa honeydew nie... sejuk sejuk je masuk mulut..haaa

ok la.. jumpe lagi.... tata..
tq for reading