click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Monday, February 27, 2012

19 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia
Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram.


Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh.

Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku, jadi lihatlah bahagian seks dan perhubungan kami.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Saturday, February 25, 2012

Motherhood Expo 2012

Fuhh....legenyer bile balik umah sendiri..alhamdulillah..after a hectic day,not only a day actually...dari hari rabu pagi,meeting 2 kali...after zohor, g kl...reach kl ting tong ting tong...kursus sana sini....ternampaklah satu baner yang tergantung di tiang-tiang letrik....

then, bace punyer baca..skali terbentang besar kat papan iklan..

MOTHERHOOD EXPO 2012 at Kuala Lumpur Convention Center..
DATE : 23 - 25 FEBRUARY 2012.

what? this can't be right..e ingat bulan 3 je ade ekspo kat mid valley tu...hurm..namun, harapan mulai nampak kelam sebab program kan kat putrajaya....hurm..melepas lah...

tapi..apabila student dah abis program kat putrajaya n dorg mintak g suria KLCC sebab ade movie yang dorg nak tengok tu kat sane...hati nie dah berbunga riang dah...dari duk dalam kete nie dah excited semacam dah...macam dapat durian runtuh..mula lah keluarkan buku catatan...tengok ape nak dibeli.mula imagine macam-macam lah....

luckily, malam before tu ade sembang dengan kak faz pasal barang-barang keperluan baby nie kan..so ade something lam kepala lah maknenyer.....dah leh imagine sket2...

so, lepas sampai Suria KLCC, tu pon lepas beberapa kali missed simpang masuk...dapat parking..alhamdulillah...sampai jugak kat Maternity Expo 2012 nie...nak tahu ape yang e borong...jom scroll down..



overall

something from Lunatots


Unimom Allegro Double Pump RM 479 with combo
( Suri Cooler Bag-seperti gambar di bawah-, SURI ice pack, SURI milk storage milk bag)


cooler bag SURI



Pureen Disposable Nursing Pads
Super Value Pack 84 pcs for only RM30.00


Pureen Baby Wipes
Twin-pack 100 pcs only for RM 10.00


free gift from Pureen


Avent Via Cup (use for storage)
RM 50.00

Avent PES 2 Bottle
RM 67.00


free gift from AVENT


Autumn Breast Milk Storage Bags
RM9.00 for 25 pcs


Little Bean Car Bottle Warmer
RM 40.00



Little Bean Combo ( Sterelizer plus Warmer)
RM 150.00

alang-alang dah hupdate sal barang baby..tumpang skali la barang yang dah dibeli sini...


Baju Baby Various Size
RM 10.00 each( i buy 2)..RM 6 2 pcs..RM 8 2 pcs.. total : RM 42.00


kain flanel RM 5.50 semeter


Kain untuk barut baby


Baby Bathing Bed from Baby Love
RM 29.90


Laundry bag buy at Hinode Shop..RM5

hee...rupenya dah banyak e membeli..walaupon agak awal..
but for me..bukan selalu kite dapat datang time expo nie..penjimatan yang bagi e sangat-sangat berbaloi...
sampaikan mesej adik ipar nie mintak belikan beberapa item lagi such as below :

AVENT baby teats RM 23.00 each

PUREEN HAD
RM 20.00 for 2 liter


PUREEN ABD
RM 10.00


PUREEN Liquid Cleanser
RM 27.00 for 1 bottle n free refill

hehe..ade lagi barang tak upload..macam cloth diapers..
planning to support green environment kan...

so..until i write again..chow~~ :D

Friday, February 24, 2012

18 minggu

copydari BabyCenter Malaysia

saluran darahplasentakakitelinga
Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.

Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.

Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan. Jika kandungan anda lebih dari satu bayi, rujuklah bahagian tentang kembar dua atau lebih.

Sunday, February 19, 2012

17 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia

tali pusat
telingasendi siku

Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan.

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu.

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah.

Adakah anda mendapati sukar untuk menyelesakan diri apabila masuk tidur? Rujuk tip-tip kami tidur semasa trimester kedua.

Sekiranya anda belum lagi menjalankan amniosentesis dan bertujuan untuk mengambilnya, minggu ini adalah masa yang sesuai. Satu keuntungan: Anda akan dapat melihat dan merenung bayi dengan baik melalui skan ultrasound yang digunakan untuk prosedur ini.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Saturday, February 11, 2012

16 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia
Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci.

Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya.

Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda.

Kami mempunyai panduan untuk memastikan anda makan secara sihat di tahap kehamilan anda seterusnya.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya.

Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda.

Kami mempunyai panduan untuk memastikan anda makan secara sihat di tahap kehamilan anda seterusnya.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.