click click


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
......................... ..........................

Wednesday, May 16, 2012

8 bulan



betol ke dah 8 bulan nie? ahahaha.. memang kurang kesedaran.. perut membuyung tapi diri masih tak berapa nak sedar rupe-rupenyer dah 8 bulan bawak budak nie haaa...nie, kite kire ikut kalendar orang melayu lah ye..kalo ikut medical, lagi 2 minggu baru 8 bulan... 

e tak beranak lagi bulan depan(Jun), insyaAllah.. (boleh tak mintak macam tu? huhu)

ikut EDD dr bagi, awal julai... kalo terberanak masa anniversary, best gak.. nanti leh celebrate besar sket tiap-tiap tahun..hihi...

Sekarang, asik sakit2 jea..especially kat area Miss V dengan area cawan punggung.. nak bangun sakit, nak baring2, pusing2 sakit.. kalo ikut cakap Dr., sakit sebab kepala baby dah engaged. Kadang tu, pening hubby dibuatnye.. ye lah.. kalo setiap kali nak bangun, kene mintak tolong die angkatkan, papahkan.. kalo takde die.. memang duk menangis sorang-sorang la jawabnyer.. selalu dah camnie haa… tu sekarang rase tak mo duk jauh dengan hubby.. hubby lak duk kate mama manje ( nak-nak time die cakap dengan baby)..baby lak cam paham2 je papanyer cakap..siap tending-tendang.. papa kate, kalo baby tending tandanya setuju.. haish..tak puas hati btol.. papa dengan baby geng.. mama nak geng dengan sape? Sian mama..huhu

Pagi tadi, sebab susu dah habis semalam, mintak hubby belikan air dutch lady chocolate kat kedai..mase tu dah odw g ke pejabat lah.. air camnie..


lepas makan donut gebuss dengan karipap sodap, kununnya nak minum la air dutchlady tu..nampak sodap je kan..sekali..amik ko..kene susu masam..terus termuntah haa…seb bek tak muntah lam kete..suh hubby buka cermin, cepat2 muntahkan..tapi dah tertelan dah seteguk tadi..bimbang takut keracunan..bab2 susu nie, mane leh wat main kan.. skali die pusing perut, haaa.. sape nak jawab nanti.. hubby lak leh sambil gelak2, dia cakap..jangan layan perasaan tu sangat..nanti termuntah… then, bile hubby dah berenti kat shell, terus suh die beli air milo..taknak dah minum air tu… serik kot…haha.. hubby kate kelakar tengok muke gitu tadi..nak amik cuti ke hari nie? (cam hampeh je hubby nie~~)..bleh plak die tu kan..kite tengah nak muntah, bleh wat lawak hampeh gitu..

So, plan untuk next coming weeks~~

24 mei..dapat gaji..
( suke ok..nak soping barang baby lagi sikit nie.. MIL kate lepas adik ipar kawen boleh ajak die..hihi..)

31 Mei nie, adik ipar menikah.. 
there will be lottza work to be done.. hiasan pelamin blom wat lagi, even tak diskuss elok-elok lagi dengan MIL.. lagipon skrang, tok tengah demam.. macam kurang sesuai nak diskus sekarang kan.. mesti MIL pon ngah serabut hati,jiwa dan raga jugak.. ye la.. even kalo mama kite sdri tak sihat pon kite gelabah kan, tak senang duduk dibuatnyer... makanan nak hidang di meja pengantin blom wat details lagi..yang nie kene tunggu mak sedare balik baru bleh diskuss.. rumah n bilik sedang dikemas.. bilik kami akan dipakai untuk dijadikan bilik pengantin ok..huhu….

1 Jun nak hantar adik ipar umah mertua die kat pengkalan setar... 
mak mertua die nie tokey keropok keping..sedap taw keropok die..memang keropok full ikan..fresh2 die buat.. kalo takde ikan fresh, tak kan prosesnyer..makan mentah pon best..nak order, boleh kontek E yea…. (promo3~~) hihi

2 jun pon bz.. ramai orang pilih nak kawen tarikh nie…
maka pening lah kepala mak buyung nie sebab ade jamuan kat Kelantan, ade kat Dungun, ade kat area kg husband, ade kat area kg sendiri..pening dah nak wat keputusan mane nak kene pergi nie..ye lah..jemputan kan..tak pergi tak kene..yang menjemput pon, kalangan sedara mara jugak...

4-7 jun ade kerja dari pagi sampai malam plak…(kebiasaannya lah)..
larat tak nie? 

Debo3~~ insyaAllah..mohon dipermudahkan semua urusan.. amin~~

(debo2 pong..beg nak g spital dok kemas ag..aiiyyaaakkk!!)

 ~~tQ for reading.. feel free to drop comments~~





 

Monday, May 14, 2012

Dobi Mendobi

untuk pos kali nie, maleh nak tulis panjang-panjang..tengok gambar je lah yea.. rejoice~~ :D

Round 1 : depan
semua baju baru
20 pasang mitten n booties


Round 2 3 4 : belakang
( cloth diapers with insert, face towel)



round 5 : dalam rumah
baju lengan panjang, baju lengan pendek, baju tade lengan
seluar pendek, seluar panjang
( hampir semua pakaian ialah milik papa mase kecik-kecik dulu)


round 6
lipat kesemua dan dimasukkan dalam bakul
( takde la sumer.yang hang, masih di hanger)


bebarang lain 
( hasil dari mengemas bilik)

round 7

baby changing mat ( from ikea)

hadiah dari Pusat Sukan
( hadiah sebab main woodball(tempat ke-4) dan Johan memanah)

last but not least
robok atiyyah..jadi hak baby chuja plak..

Wednesday, May 2, 2012

30 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia
uteruscecair amniomata
Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan.

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.
 

Sunday, April 29, 2012

Sonsang


berdebar..runsing..

hanya Allah paham perasaan e skarang nie.. smalam scan baby, baby masih sonsang... minggu nie dah nak masuk 30 minggu.. dr suh cek balik lagi 3 minggu... nie dengan Dr. panel.. memang everytime scan dengan die, nie kali ke-3 tak silap..memang baby duk sonsang.. tak tahu lah baby nie suke bergurau dengan Dr. Ana nie ke ataupon else... yang masalah problemnyer, baby E nie sulung.. takde pengalaman lagi nak teran-teran.. dan memang Dr. akan suggest Czer if baby masih sonsang masa dekat nak bersalin nanti..(minta jauh~~)..

papanye dah merajuk sebab tak tahu jantina baby haaa..kate baby nak menyorok dengan die...lansung tak cakap dengan baby sejak semalam..sian anak mama...

appointment dengan Dr. klinik kesihatan lagi 2 minggu...minta-minta lah baby dah berpusing time scan dengan Dr. KK time tu.. (amin~~)

appointment dengan Dr. di Klinik Kesihatan disebabkan oleh kelebihan 1 kg berat... berat semasa, taknak timbang sebab takot.. until now, makan pon takut..takut naik timbang lagi..
sian baby mama kan..

misi kate mungkin kene minum air gula lagi sekali... papehal pon, jumpe Dr. dulu tengok camne...

mama dah tepon tok sedara kat kg.. die suh balik untuk pusing baby n urut..
( tok sedare nie bidan kampung)

mungkin 1 Mei nie pegi kot..kalo takde pape hal...


tadi meluah perasaan kat group.. ade sorang kakak nie suggest amalan nie...
memang akan right away praktik..


ya Allah..pusingkan babyku... 
sesungguhnya, aku mahu melahirkan normal..
( kita hanya merancang..Sesungguhnya Allah maha mengetahui..)
mood : susah hati (T_T)

Thursday, April 26, 2012

29 minggu

copy dari BabyCenter Malaysia



uterustulangkepala COORDS=anuskepala

Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran. Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.

Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.